Pendidikan awal Zulkifly Amirudin

Zulkifly dilahirkan di Klang, Selangor; beliau kemudiannya membesar di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd Rahman Putra, dengan mengambil jurusan Sains Tulen. Seterusnya beliau mengikuti Program Matrikulasi dengan mengambil jurusan matrikulasi fizikal di Kolej Teknologi Timur, Sepang.

Pendedahan terhadap komputer dan teknologi maklumat sejak dari kecil menjadikan beliau amat berminat di dalam bidang multimedia. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains, Teknologi Multimedia di Universiti Malaysia Sabah. Setelah mengumpul pengalaman, beliau melanjutkan pengajian Sarjana Seni, Komunikasi Visual dan Media Baharu di Universiti Teknologi MARA.